Khabarnya di Kuala Berang, bandar kelahiran Cg.1 sedang rancak bersiap untuk pilihanraya kecil kerana kematian bekas wakil rakyat Komarudin (Seorang guru ketika Cg.1 jadi pengetua di SM. Matang). Calon BN, Mohd Zawawi Ismail juga bekas guru di sekolah di mana Cg.1 pernah jadi pengetua. Calon PAS Cg.1 tak kenal, tetapi bapanya haji Rashid, Cg.1 kenal. Calon PAS itu cucu Haji Su, orang yang pertama pakai kereta di Kuala Berang...kereta jenis Standard Vanguard.